REALITY OR FANTASY ?
s

2years to go . I'll be waiting for you ... PRAY FOR ME PLEASE :')

We can chatting here

I'm using this skins

© CAPTURE-SMILE 2013 - Template were made by Zaty. Image was taken from Weheartit and thanks to wanaseoby for the tutorial.

refresh profile affies dashboard follow

Mengimbau kembali }
Friday, 14 June 2013 | 00:37 | 0Comment

Assalamualaikum

    Selepas berfikir masak-masak kelmarin sampai hangit dah otak aku ni , Aku mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah hari ini. Nampak tak betapa kemalasan aku ni dah berguni-guni berat dia . Haa tak payah nak sibuk-sibuk cakap aku pemalas apa semua . Kita sama je , cuma berlainan jantina dan berlainan hati . Okay sebelum tu , kau mesti ada kisah-kisah pahit , duka ,manis ,sedih masa lampau kan ? Siapa cakap takde tu maknanya dia tak normal . Yelah , bagi dia manis ke duka ke semuanya dia tak rasa apa-apa. Tiada perasaan mungkin . hmm

So , masa aku tak datang sekolah ni lah aku ada masa nak menghapdet kisah-kisah aku yang menarik bagi aku dan tak menarik bagi korang . HAHA kesah apa aku . Blog aku , kisah aku lah .Takkan blog aku , aku bersusah payah nak buat research pasal kisah kau pulak kan . Jangan nak melebih ehh , cepuk satgi . Cerita aku kali ni pasal kisah hidup aku yang pahit . Pasal kawan . ek eleh biasalah , adatlah kan kena fitnah dengan kawan , kawan tikam belakang , nasib tak mampus kena tikam . kalau mampus memang sekali aku heret dia mampus sekali dengan aku . hahaha tak lawak lah bodoh . Yelah , nak mampus biarlah berdua takdelah rasa sunyi sangat kan . Barulah ketawa bersama , menangis bersama , ku bersumpah harap kita mati pun bersama . You jump I see you mampus ! over nau .

Hiasan dan untuk motivasi diri masing-masing

Okay , Nampak tak besar gabak quotes atas tu . Ceceyhhh . Ni atas kerjasama google images . Terima kasih ! 

6 tahun yang lalu ....

" Sampai hati hg kan , hg ingat hg bagus sangat nak kata aku macam tu "

" Bila masa aku cakap hg macam tu ? "

" Ingat aku tak tahu ? Dia yang cakap , yang hg kata kat belakang aku macam-macam "

" Ya Allah , takkk ! Aku tak kata apapun . Apa ni weh ? hg cakap apa dekat dia ? "

" Dah lah , mulai sekarang aku taknak kawan dan tengok muka hg dah "

" menangis . Okay "

Kecil-kecil lagi dah kena fitnah macam-macam . kawan baik sendiri pulak tu . Main sama-sama , berkelah makan sama-sama dan share story pun sama-sama . Satu taman dan kami kawan . Aku tak tahu apa salah aku sampai dia fitnah aku macam ni . Aku tahu aku tak cantik , aku gemuk dan aku hanya ada perasaan ikhlas bila berkawan dengan orang . tak kisah lah dia anak penagih dadah ke , bapak dia kaki pukul ke , kaki perempuan ke , semua aku tak kisah sebab aku tahu apa makna berkawan . Aku taktahu apa salah aku sampai diorang buat aku macam tu . haih ! Aku tak pernah pun nak kata macam-macam dekat diorang . Nak fitnah lagilah .Takut wehh dosa . Tapi manusia tak perfect , Aku masa form 2 pernah buka aib orang .Ya ! aku buka aib dia . Ya Allah terasa berdosa besar sangat-sangat . Maafkan aku ...

6 tahun lalu masa tu aku baru umur 10 tahun . Darjah empat lah kiranya tu . Masa tu muka putih bersih lagi , Badan pun chubby-chubby sikit-sikit dan aku ni jenis tinggi . Orang pun takkan kata aku darjah empat . So masa tu aku pun jenis bengong-bengong taktahu apa-apa . Sebab dikalangan diorang yang aku kawan umur atas pada aku . So kiranya aku ni muda lagi comellah dari diorang ! yelahh , sebab aku putih dulu . DULU LAH ! Lepas dia buat fitnah and tiba-tiba semua nak hentam aku dengan perkataan perkataan yang menghiris kalbu , ceh ayat novel . hehe . Aku pun pulang ke rumah dengan hati yang ditusuk sembilu bisa . Pehhh ayat . Aku menangis teresak-esak dan hingus dalam hidung aku pun tersumbat . Serious sesak nafas dekat situ jugak . hehe . Ibu tanya aku kenapa . Tapi aku diam dan buat tak tahu je . Aku cuma jawab , " Takde pape  " . Bijak kan aku ? bijak mendenya bodoh adalah . nak mempertahankan perempuan-perempuan mulut puaka tu kenapa . Derita tu semua aku sendiri yang rasa . aku sendiri yang alami .Orang tidak pernah kisah sebab derita itu dan sakit itu hanyalah AKU ! 

Hari demi hari aku tabah menghadapi semua ujian dari Allah S.W.T . Memang masa tu aku down sangat-sangat . Aku taktahu nak mengadu dekat siapa . Aku takde siapa ! Memang aku ada abah dengan ibu . Tapi ... aku taknak susahkan diorang . Aku berdoa dan berdoa . Dan kau kau nak tahu dia set number aku dalam  phone cikai dia , dia setkan nama aku BADAK . Kau nak tahu macam mana aku tahu ? Dia bagitahu sendiri . hahaha bodoh jugak dia ni . Yelah bodoh ! pasaipa bagitahu aku . tapi dia takdelah terus-terusan bodoh . Yang ultimate bodohnya aku lah . Aku maafkan dan aku cakap takpe . Alasan dia set nama aku macam tu sebab dia terpadam ke ataupun aku tukar num and then aku call dia . Ehh bodoh , kalau tak kenal num tu sekali pun jangan lah set nama macam nama kau bodoh ! ehh ter-emo pulak kan .  grr !

Tapi bila aku fikir balik , kenapalah aku baik sangat dulu , sampaikan orang hina aku depan-depan pun aku macam tak kisah . Kekadang aku rasa nak patah balik masa tu , sepak muka orang yang hina aku depan-depan tu . Haih ika... ika , kenapalah kau diamkan aje diorang buat kau macam tu . Kau pun ada maruah , senang-senang je dia pijak maruah kau . Kau ingat senang ke parents kau nak jaga kau . Parents kau sendiri tak pernah nak kata kau macam-macam , diorang pulak nak hina kau . Kenapa kau tak kuat macam sekarang ni Ika ? haa? kenapa? Ya Allah regret sangat-sangat bila aki ingat balik benda tu  . Dan kenapalah kau tak bangkit dan mempertahankan maruah kau yang dipijak-pijak tu . 

Mulai saat tu , aku bangkit dan aku mula ignore diorang . Sebab aku boleh hidup tanpa kawan yang tak guna macam diorang tu . Tak lama lepas tu diorang gaduh sesama sendiri . Aku diamkan aje , sebab aku malas dah nak masuk campur . Lama kelamaan diorang nak berbaik-baik dengan aku . Bukan orang yang maki aku tu okay . Orang yang tabur fitnah dekat aku tu nak berbaik dengan aku . Disebabkan aku ni baik sangat dulu , aku pun okaykan aje , sebab aku tak suka panjangkan hal-hal yang lepas . Lagipun aku bagi second chance dekat dia . Baru second chance . Tapi aku bukan semudah tu nak rapat dengan dia balik lepas apa yang dia buat dekat aku . Hahaha nampak sikit lah bijak aku time tu . Kalau tak bodoh aje kan .hahaha
Dah ! aku cakap aku sendiri yang bodoh , kau jangan nak lebih-lebih tambah " haha kau memang bodoh " Memang aku heret kau masuk bawah tanah then aku tanam kau hidup-hidup . Baru kau tahu haaa ...

Tak lama lepastu , parents aku tak kasi aku kawan dengan dia . Sebab parents aku dengan bapak dia gaduh . Bapa dia pulak ni jenis psycho sikit , sorry to say lah . Suka gaduh dengan orang dan macam - macam lagi lah dia buat , hmm malas nak buka aib dia . Lantak lah dia , hidup dia . Okay aku pun menurut je . Bapa dia ni tak suka tengok anak orang lain dating . hahaha pelikkan ? Siap pergi serang lagi pasangan bercinta tu ,lawak pun ada . Tapi anak dia bawak laki malam-malam dekat rumah dia tak kisah . Ni kes jeles anak orang lebih sikit daripada anak dia ke macam mana ni . hahaha Loveless . Sekarang aku dah jauh daripada diorang ,so aku dah bagi space untuk mengata aku lebih sikit . Kira kerja overtime untuk korang lah kan ? menambah pahala untuk aku , dan menambahkan juga untuk korang jugak .Menambah DOSA .  Macam-macam manusia aku kenal selama aku hidup ni . Kelakar pun ada . Dan kadang-kadang menyakitkan hati .

Bagi aku , aku dah biasa difitnah orang , Orang cakap macam-macam belakang aku , Kutuk aku  , tikam aku daripada belakang . Aku rasa macam jiwa aku kosong je . Tapi aku terfikir juga , hidup aku dan jalan hidup aku ni best sangat ke sampai orang nak dengki . Nak kata aku lawa tu , tak lah pulak . Comel tu ada lah sikit . hahahaha ayat gampang tapi memang kenyataan ! Belum aku cerita pasal kehidupan aku masa sekolah menengah pulak . memang dah jadi rutin harian duk mengata aku . Kak oii ! menambah dosa je kau kata macam-macam dekat aku ni . Memfitnah lagilah aku taktahan .hahaha ! Agaklah , cer nak fitnah aku tu ikut logik akal sikit . Ni tak , orang yang percaya pun 3B . Pergi percaya . hahaha kelakar k . Apa-apapun , fitnah tetap fitnah .Aku takpernah cakap macam tu memandai je reka cerita . Boleh jadi director kau kan besar nanti huhu , aku doakan yang terbaik je . Tapi satu je , aku takkan MAAFKAN kau  , Jadi jangan salahkan aku kalau roh kau tak tenang bila kau dah meninggal nanti . 

Dan ada sedikit sumber daripada internet yang aku search ...

Fitnah merupakan dosa besar, lebih besar dari dosa membunuh. Tapi zaman kini fitnah begitu berleluasa sehingga menjadi amalan harian, dipermudahkan lagi dengan wujudnya media elektronik dan cetak yang canggih. Manusia tidak lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah mereka menyangka bahawa fitnah itu perlu disebarkan dengan segera kerana itu merupakan `latest news’ yang semua orang patut tahu. Begitu mudah fitnah disebarkan tanpa usul periksa atau menyelidiki sumber berita tersebut, adakah ia suatu berita yang sohih (benar) atau sebaliknya.
Mengapa memfitnah dikatakan berdosa besar, lebih kejam dari membunuh? Sebenarnya fitnah merupakan pembunuhan ke atas karakter atau jiwa seseorang. Orang yang kena fitnah biasanya akan merasa terluka, menjadi rendah diri, kecewa dan hidup dalam kemurungan. Walaupun jasadnya hidup, tapi jiwanya mati kerana sakitnya terkena panahan fitnah.

Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:
“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”
Fitnah boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Fitnah merupakan kebohongan yang menghancurkan.

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16
“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)
“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)
Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :
“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman,…”
Wallahu’alam.

NOTE : Zaman dulu dan sekarang bagi aku adalah sama . Sebab dua-dua zaman aku kena fitnah . Tidak mengapa , Allah S.W.T maha Adil dan saksama

newer post
older post