![]() We can chatting here
I'm using this skins
© CAPTURE-SMILE 2013 - Template were made by Zaty. Image was taken from Weheartit and thanks to wanaseoby for the tutorial. |
Pengorbanan }
Sunday, 9 June 2013 | 08:05 | 0Comment Assalamualaikum . Memandangkan pagi esok aku terpaksa berperang dengan syaitan syaitan yang bergayut dekat mata aku ni , haihh dan kena pergi sekolah . Aku rasa ni last entry aku untuk bulan ni lah .Kau nak tahu sebab apa? Ek elehhh , macam tak biasa pula . Lepas habis sekolah kita buat apa ? Kau jangan nak merapu lepas habis sekolah kita enjoy , aku sepak kau kang ! Tapi salah aku juga , memang lah lepas habis sekolah kita enjoy . Cuba perbetulkan ayat tu . Selepas tamat waktu persekolahan pada esok hari . haaaaaaa ! ayat nak over saja kan . Tak sio teman . Lepas tu dah sah-sah mandi , solat zohor , makan dannnn....... HOMEWORK ! memang tak lepas lah kan nak online ! malam dah nk study balik apa yang kita belajar tu.haih al-maklumlah , apa org putih kata tu PMR candidate lah kateko . Calon PMR untuk BM nye . kau jangan cakap kau taktahu , aku sagat otak kau kang ! Esok jangan cakaplah kan , beriya-iya je dalam chatting " aku rindu hg " "nanti buka sekolah aku nak peluk hg ketat-ketat" berbagai-bagai ayat yang aku terima , daripada dulu lagi kalau tiap-tiap cuti je lama tak jumpa mesti akan dapat ayat macamtu . Tapi yang anehnya , bila dah jumpa tak serupa apa yang diperkatakan tu .Macam gampang je . Nak tak nak tengok je berselisih . Ni lah orang kata indah khabar dari rupa . Ehh ? betul ke peribahasa aku ni ? ahaha kan die now ! tengok aku spell pun tak betul . hehehe ! Apa-apapun guwa tak heran sangat . Berbalik pada aku punya title entry aku kali ini . PENGORBANAN . cehh capslock siaaaa . hehehe Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya . Kalau nak diikutkan kedua-dua orang tua kita banyak berkorban pada kita . Tak tahu lah kenapa aku lebih prefer pengorbanan seorang ayah . Btw , aku panggil abah . Better aite ?hehehe . Okay . Sejujurnya aku lebih rapat dengan abah . Ibu tempat aku kongsi rahsia . Bagi aku kedua-dua mereka amat penting dalam hidup aku . Tanpa mereka siapalah aku . Tapi aku nak kongsi pasal abah aku je dulu .. hehe sorry ehh ibu . Nanti akak share pasal ibu pulak . kihkihkih Okay , keluarga aku ni bukanlah kaya ataupun miskin . Sederhana sahaja . Tapi hidup kami mewah dengan kasih sayang . Ingat ehh kasih sayang bukan boleh dijual beli . Kami tak kisah hidup macam mana pun . Tapi yang penting kasih sayang dan sikap bertolak ansur dalam keluarga . Antara abah dengan ibu yang paling penyayang ialah abah . Abah ni lembut sikit dengan anak-anak . Kecuali bila dia naik angin . Haihh ! takut wehh . Ibu dia garang sikit hehehe . Abah selalu bagi aku motivasi dalam kehidupan , agama dan sebagainya. Bagi aku abah adalah guru yang paling aku sayang . No matter what aku akan mengadu dekat dia kecuali pasal lelaki . Yang itu aku mengadu dekat ibu . hahaha ibu lebih memahami . Aku ingat lagi dulu-dulu ...... Aku sekeluarga bawa nenek aku beli kasut . Time tu memang kami takde duit lah , hanya cukup-cukup makan je . Tapi abah seorang menantu yang baik . Nenek aku beli kasut guna duit dia lah . Lepastu tengah aku saja-saja belek-belek kasut yang ada depan mata , mata aku tertancap dekat abah . Abah belek kasut kulit tu ,memang cantik . Tapi abah letak balik sebab time tu memang tengah takde duit . Aku rasa kesian sangat dekat abah . Kalaulah aku ada duit aku beli kasut tu . Aku tahu abah teringin sangat kasut tu . tapi hmmm ..... abah lebih pentingkan anak-anak dia daripada diri dia . fyi , abah ni seorang yang tak cerewet . Kadang-kadang baju dia pun dah lusuh , lusuh lah dia pakai . Sampaikan ibu paksa suruh beli baju baru .Itupun susah nak paksa abah . hmm , abah ni seorang yang kuat . Aih ! mestilah kuat , dia kan ketua keluarga . Aku tahu abah korang semua kuat jugak kan . heee Satu lagi masa abah bawa kakak ibu beli barang-barang emas . ya Allah seriuos aku cakap , aku memang tak suka barang kemas semua tu . Aku lebih suka pakai silver . Murah pun murah . Tapi aku tahu dalam hati abah ,abah teringin nak belikan aku rantai emas gelang emas semua tu . Aku dapat tengok daripada riak wajah abah . Walaupun abah aku tak hensem , tapi bagi aku dia lah lelaki yang paling hensem dalam hidup aku . Bermacam-macam dugaan yang kami tempuh yang kami harungi .Kita kena ingat Allah S.W.T bukan saja-saja bagi dugaan dekat kita , Dia nak lihat sama ada kita mampu tempuh ataupun tidak dan Dia juga mahu hambanya sujud dan meminta kepadanya supaya kita tidak terlalu alpa dengan kemewahan hidup . Dia sebenarnya rindu akan umatnya sujud dan meminta pertolongan daripada-Nya . Dia juga tidak akan beri dugaan yang umatnya tidak mampu untuk jalani dan tempuh . Ya Allah :') Salah satu dugaan yang Allah S.W.T beri dekat abah ialah menjaga aku ketika aku patah kaki . Masa tu aku baru umur 12 tahun . Aku patah kaki sebab aku ada latihan lompat jauh . Aku tersilap step , mendarat dengan satu kaki . Apalagi pi lahhh kan . huhu . Aku duduk dalam wad 5hari . Ibu yang teman aku sepanjang 5hari aku ada dekat wad tu . Ibu pulak kerja , terpaksa ambil cuti . Aku rasa macam aku ni sangat membebankan keluarga aku .Yelahh , disebabkan aku semua orang risau . Tapi abah dengan ibu tak pernah nak merungut jaga aku . Ya Allah terima kasih kau kurniakan aku ibu bapa seperti ini kepada aku ya Allah . Aku sangat bersyukur . Lepas 5hari tu , aku dihantar ke rumah nenek iaitu mak kepada ibu . Serious talk , aku tak berapa selesa duduk dengan nenek aku tu . Sebab , yelaa atuk dengan nenek aku dah tua . Lagi menyusahkan . Abah pulak ulang alik . pukul 10.00a.m datang rumah nenek tengok aku makan ke tak , mandikan aku . Kalau nak tahu aku b***k pun abah aku yang cucikan . Nampak tak betapa besarnya pengorbanan abah . Abah ulang alik , nak tahu daripada taiping ke simpang kira-kira dalam 8-9km jugak . Lepastu aku decide aku duduk rumah sendiri je . Better sebab abah senang nak ulang alik balik rumah jenguk aku . dan satu lagi aku risau sebab abah ulang alik daripada Taiping ke Simpang naik motor je, kesiann abah . Lepas aku duduk rumah sendiri okay lah sikit dan senang lah sikit kerja abah . Ringan lah juga beban dia . Sepanjang aku sakit , abahlah yang banyak jaga aku . Mandikan aku semua . Makan minum ibu yang jaga . Abah yang bawak aku pergi check-up sebulan sekali . Ada lah jiran aku ngejek aku sebab kaki aku patah tak boleh jalan . Mau abah tak hangin anak dia kena ejek kann . Aku bersyukur sangat lepas 3 bulan aku dah sihat dan boleh berjalan seperti sediakala . Tu pun abah yang banyak tolong aku masa aku mula nak berlatih jalan balik . Aku rasa masa tu abah lah HERO aku . hikhik Lepas aku dah baik semua , takde apa dah Alhamdulillah . Tapi , dugaan Allah kepada abah bukan berhenti setakat itu aje . Allah duga abah dengan ibu pula sakit akibat perbuatan hasad dengki orang . Ya Allah , orang dengki sebab ibu cantik bahagia dengan abah . Kalau gaduh pun gaduh manja je . Dan abah pulak jenis tak suka mensia-siakan anak bini dia . Dimana dia berada , disitu jugalah anak dan bini dia ada . See ! abah penyayang orangnya . Sebab itulah dia dengki . Dia nak abah . and dia nak tgok abah dengan ibu bercerai . What ??? wth she wants my dad ? dah ada laki buat macam dah ada laki . Dah tua kot umur pun dah 50 lebih . Tapi dengan kasih sayang dan jodoh ibu dengan abah masih kuat dan utuh , Alhamdulillah masih kekal . Ujian demi ujian kami tempuh sehingga lah aku kena pergi kem pelajar cemerlang . Petang tu aku ada di rumah orang tua-tua yang ada penyakit macam-macam dan anak-anak diorang tinggal diorang macam tu je . Kesian sangat ... Dan masa nak balik semula ke sekolah , aku dapat massage daripada abah yang mengatakan " kakak , ibu masuk ward sebab diabetes" Ya Allah masa tu aku rasa macam nak pengsan je . Sebab aku tahu ibu mana ada diabetes . Tapi aku kuatkan dan cekalkan hati aku . Mood aku hilang dengan serta merta . Masa tu hujan , macam dia paham je perasaan aku yang tengah sedih . Aku duduk tepi pasu dan aku menangis sepuas hati . Aku memikirkan masa depan aku . Masa tu aku taknak sesiapa pun kacau aku . Nisha dan Maisya cuba kuatkan aku . Tapi hmmm kalau korang dekat tempat aku pun memang amat sedih . Aku pandang padang depan aku , aku pandang langit . Aku diam dan aku mengeluarkan beberapa perkataan ..." Masih ada harikah untuk ibuku " Memang masa tu aku lemah sangat-sangat tapi Alhamdulillah aku seorang yang cepat menerima kenyataan dan cepat terima qadaq dan qadar Allah S.W.T . Malam tu aku pulang daripada kem tersebut , abah ada cakap yang ibu kena potong 2jari kaki je . Takpe , aku solat isyak dan aku mohon kepada Allah supaya selamatkan ibu aku . Dengan linangan airmata yang tak pernah berhenti mengalir . Pada keesokan harinya , abah pulang dengan membawa berita yang tidak menyenangkan bagi aku iaitu , ibu kena potong kaki dia sampai bawah sikit pada lutut . Dugaan lagi . Aku tahu abah sedih dan aku taknak menangis depan abah . kalau aku tak kuat macam mana abah nak kuat .Sebab kekuatan abah dekataku dan adik . Adik dah sah-sah teresak-esak . Aku sebagai kakak dan anak yang sulung kena kuat dan bagi semangat dekat abah walaupun aku tak sekuat manapun . Aku lihat abah menangis kerana isteri dia . Ya Allah sungguh besar cinta dan kasih sayang abah dekat ibu . Abah ada cakap ,kalau Allah tarik nyawa ibu lebih awal daripada abah , abah janji abah takkan kahwin lain dan abah terus jaga kami sampai kami besar , Sampai hujung nyawa abah . Hanya Allah je tahu waktu tu hati aku macam mana . Nasib aku duduk seat belakang dalam kereta sebab time tu adik nak makan mcD , so abah drive-thru je . susah senang abah dengan ibu takkan abah senang je nak lupakan semua tu. Lagi meruntun jiwa aku bila aku dengar macamtu . Aku tak pernah tengok abah nangis . Sekali je ,itupun masa Arwah ayah abah meninggal . Mak abah meninggal masa abah umur 20 lebih macam tu . Abah cuma ada Ibu , Aku dan Adik, kami ni umpama semangat dia . Masa mak abah meninggal pun dekat sisi dia . Abah hati dia cekal . Dia tak pernah berputus asa . Yang aku geram , orang selalu mengambil kesempatan atas kebaikan abah .Diorang tipu abah , khianat abah . Abah hanya diam dan abah cakap " takpe , Allah kan ada , dia yang akan menentukan segalanya " Ibu , ibu beruntung dapat suami macam abah . Lepas ibu potong kaki , Abah jaga ibu aku pun jaga ibu . Aku mula belajar memasak dan Alhamdulillah aku dah pandai masak hehehe . Aku bersyukur sebab ibu selamat dan sekarang ibu makin sihat tunggu nak dapat kaki palsu je . Fyi , ibu kena potong kaki bukan sebab kencing manis okay , ini sebab buatan orang yang dengki dengan keluarga kami . Tapi takpe , Allah tu maha adil , dia akan membalas perbuatan orang-orang yang jahat . Kena ingat satu ni , Doa orang-orang yang teraniaya dimakbul Allah . dan orang yang buat ibu tu kawan dia sendiri . Nampak tak ? kawan makan kawan . Rumah sebelah-sebelah je . haish and now aku dah pindah jauh sikit daripada rumah aku yang dulu . Ibu pesan dekat aku " Hati-hati dengan kawan baik kita ,jangan percaya sepenuhnya . Sebab kawan zaman sekarang jenis kawan makan kawan .Susah nak cari kawan sejati yang susah senang bersama . Bukannya masa kita senang je dia ada ,masa susah jugak dia ada" Kakak akan ingat selalu ibu ... Abah adalah HERO aku , PERMATA HATI aku dan satu-satunya lelaki yang tak pernah kecewakan aku dan tak pernah buat aku menangis . Dan Abah tak pernah pukul aku . Terima kasih abah atas semua pengorbanan yang abah lakukan untuk kakak , ibu dan adik . Kami hargai sangat-sangat .Semoga Allah S.W.T panjangkan usia abah agar terus bersama kami dan sama-sama menjalani hidup yang penuh pancaroba ini . Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab kakak mempunyai seorang lelaki yang kuat dan gagah dalam hidup kakak , Wira kakak dan terima kasih abah sebab jadi abah yang terbaik dalam hidup kakak . KAKAK SAYANG ABAH : )
|


